Kasut

Untuk acara ke-3 dan ke-4 dalam tahun 2015, saya masih memakai kasut Reebok Zignano walaupun tak berapa selesa dipakai untuk jarak 10km sebelum ini. Pada waktu itu saya andaikan yang saya tak biasa lagi dengan kasut tu, dan pengalaman lampau tentang kasut yang saya tahu ialah kasut dan kaki masing-masing perlukan masa untuk penyesuaian. Saya rasa peluang dan masa masih ada untuk diberi.

Ringkasan acara ke-3 dan ke-4.

Acara ke-3: ASEAN UNITY RUN – Stroller 5k

Tak banyak acara di Malaysia yang tawarkan kategori Stroller. Saya teruja nak cuba lari tolak stroller, walaupun ‘baby’ saya pada masa itu sudah berumur 5 tahun. Dia duduk dalam stroller pun kaki terjulur sikit. Kategori ni jaraknya 5km saja, jadi bolehlah nak cuba. Dengan stroller, saya boleh letak macam-macam barang seperti botol air, makanan dan telefon.  Lari dengan stroller ni pada saya yang pentingnya keselesaan penumpang supaya dia tak buat hal yang boleh mengganggu larian. Spesifikasi stroller yang sesuai juga penting, tapi saya akan bincangkan hal ni lain kali.

Stroller 5k ni dilepaskan selepas Normal 5k untuk mengelakkan kesesakan. Dengan telefon yang diletakkan di dalam dulang stroller, maka saya boleh tengok terus penjejakan larian dengan apps Nike+ yang terpasang. Macam komputer basikal pun ada.

Saya berlari dengan sekali sekala menolak laju stroller ke depan, sekadar memberi hiburan kepada penumpang. Terdengar mengekek-ngekek bermakna okay sangat lah tu. Tak lama lepas tu, saya mula memotong gerombolan pelari Normal 5k dan apa yang saya perhatikan amatlah memuaskan: mereka lihat kami memintas dengan riak yang terkejut, dan seolah-olah berkata “wow, macammana stroller yang besar dan berat ni boleh potong aku?”

Tamat larian, saya dapati semuanya okay. Tiada kesakitan, tiada penderitaan pada mana-mana bahagian kaki. Saya pulang dengan hati yang gembira dan mengisytiharkan “I love stroller run” di akaun IG. Namun, itu sahajalah satu-satunya pembabitan saya dengan stroller sepanjang dua tahun ini.

Acara ke-4: #RUNWITHUS 2015 – 12km

Saya sertai acara ini bersama Syful (Atoi) dan Roy; kami bertiga rakan sebaya dari SEMESTA. Acara ini dianjurkan oleh kelab larian alumni sekolah SEMESTI (juga SBP macam sekolah kami) yang bernama ASTIRUNNERS. Saya selalu nampak kelibat mereka dengan jumlah yang ramai dalam pelbagai acara. Mereka… ramai… pelbagai variasi warna dan jenama baju kelab… Jeles!!! Menurut Roy, pengasas ASTIRUNNERS ni (Apam kot nama dia) kawan dia sejak dari UTM lagi. Dulu, mereka berdua lah yang mula-mula lari sebelum rakan-rakan masing-masing turut serta.

Semasa larian, Atoi dan Roy pergi entah ke mana dan saya tercicir teruk di belakang. Apa pun, 12km ni jarak yang paling jauh pernah saya lari seumur hidup jadi saya taklah rasa tertekan sangat kena tinggal. Saya lebih nak cuba nikmati larian sahaja. Malangnya nak cuba ini pun gagal! Dah lah kena tinggal, lepas tu menderita semasa berlari… memang tak best langsung!

Tamat larian, kedua-dua tapak kaki saya terasa sangat sakit, hinggakan nak jalan pun terhincut-hincut. Selepas itu, kami pergi sarapan di Presint 16 (kot?) Putrajaya dan berkongsi cerita larian tadi. Selain makan nasi lemak, saya juga makan gelak ketawa dan sindiran yang dihamburkan oleh mereka berdua. Hampeh! Hahahaha.

==========================

Dalam sela masa antara kedua-dua acara ni, saya godek habis Runner’s World, Competitor, Runrepeat, Runningshoesguru dan beberapa laman yang lain, hanya untuk mendalami serba serbi tentang kasut. Tidaklah saya terus jadi pandai selepas tu, sebab makin dalam kita cari, makin banyak yang kita taktau. Tapi apa pun dapatlah juga dua tiga panduan untuk buat bekal di hari muka.

Jadi asasnya, analisis dan kajian yang berkaitan memberi kesimpulan bahawa ada 3 jenis profil kaki yang dimiliki oleh majoriti pelari.

Macammana nak tau kaki kita tergolong dalam jenis apa? Ada beberapa cara nak tau, seperti:

1. Periksa lengkungan (arch) kaki dengan melakukan Wet Foot Test.

Wet Test

Secara umumnya, ada tiga jenis lengkungan kaki iaitu Lengkungan Rendah, Lengkungan Normal dan Lengkungan Tinggi. Nak tahu kita jenis yang mana, buat macam ni. Senang dan mudah difahami.

– Sediakan kertas gelap macam kertas minyak coklat, sugar paper hitam atau ambil saja kotak kertas keras warna coklat tu. Saiznya sekadar muat untuk kita berdiri di atas nya. Hamparkan atas lantai.

– Basahkan tapak kaki, nipis-nipis sudah. Kalau terlalu basah nanti tak jadi pula.

– Pijak kaki yang basah tadi di atas kertas gelap seketika kemudian alih kaki anda. Lihat cetakan yang terhasil.

A. Lengkungan Rendah (Low Arch/Flat Foot)

Flat Arch

Kalau cetakan kaki macam ni, maknanya ketika berlari tapak kaki bergolek dari luar ke dalam masa mendarat. Keadaan ini dapat menyerap hentakan pendaratan, tapi ada golekan yang berlebihan, yang boleh beri beban dan risiko kecederaan kepada kaki dan lutut. Kaki macam ni boleh lah pakai kasut yang ada ciri sokongan dan stabiliti (seperti ada bongkah keras pada tapak kasut di bawah lengkung kaki, atau ada bahan penganjak untuk menaikkan lengkungan). Contoh kasut:

– Brooks: Adrenaline GTS, Ravenna
– Adidas: Sequence Boost, Ultra Boost ST
– Nike: Zoom Structure, Lunarglide
– Asics: GT-1000, GT-2000, Kayano
– New Balance: NB 1500
– Mizuno: Wave Inspire

B. Lengkungan Normal (Normal Arch)

Normal Arch

Bentuk yang macam ni merupakan bentuk kaki yang lazim, dan dikatakan ramai orang memiliki bentuk macam ni. Ini bermakna lengkungan kaki secara alaminya menyokong berat badan dan menyerap hentakan. Golekan kaki semasa mendarat pula adalah sedang-sedang elok sahaja. Beruntunglah kaki macam ni sebab boleh pakai hampir semua jenis kasut lari. Banyak betul pilihan!

C. Lengkungan Tinggi (High Arch)

High Arch

Bentuk macam ni bermakna sangat sedikit golekan tapak kaki yang berlaku semasa pendaratan menyebabkan serapan hentakan tidak berapa baik. Kasut yang dicadangkan adalah yang berkusyen tebal untuk kurangkan tekanan pada bahagian luar tapak kaki dan keseluruhan tapak kaki secara umumnya.

(gambar ihsan Runner’s World)

Walau bagaimanapun, Wet Foot Test ni hanya boleh beri gambaran awal dalam pencarian kasut yang sesuai. Ada banyak faktor lain lagi yang membezakan setiap orang seperti bentuk kaki lebar atau tirus, berat badan, biomekanik, pengalaman berlari dan sebagainya. Kena cuba dan bertanya kat kedai kasut sampai puas hati.

2. Dapatkan khidmat nasihat di kedai sukan.

Pergi ke kedai sukan yang mengkhususkan larian atau butik jenama sukan. Sesetengah gedung sukan besar pun ada juga. Mereka ada alat untuk ukur dan semak tapak kaki anda. Ada tempat yang boleh buat uji lari di atas treadmill. Ada yang boleh buat analisis terperinci siap ada rakaman video lagi. Yang paling penting ialah jurujualnya mesti berpengalaman dan berpengetahuan luas tentang larian. Barulah ada ‘pemberat’ sikit nasihat dia. Kedai-kedai yang setahu saya ada servis ni:

– The Marathon Shop
– Running Lab
– Butik Brooks
– Butik Adidas
– Butik Asics – ada analisis terperinci. Ni yang paling canggih dan kuat racunnya.
– Sports Direct

============

Saya buat kedua-duanya untuk tahu kasut macammana yang sesuai untuk saya.

Dalam Wet Foot Test, saya keliru sikit sebab nak kata flat foot pun bukan, nak kata normal arch pun bukan. Untuk menjernihkan keadaan, saya pun pergi la The Marathon Shop kat Sunway Pyramid sebab kat kedai ni ada pad peta haba tu (main belasah jer terma dia ni haha), yang mana apabila kita pijak kaki di atasnya dan angkat, akan tercetak jelas bentuk tapak kaki.

Semasa saya buat ujian tu, saya rasa macam teruja sangat tengok kasut-kasut dan barangan lain yang ada dalam kedai tu. Berlaku pergolakan kecil dalam diri. Dilema di antara nak tahu jenis kaki sendiri yang sebenar sahaja atau terus merelakan diri diracun jurujual dengan kasut yang bakal dicadangkan.

Jurujual pun kata yang kaki saya ni di antara flat foot dan normal arch. Maksudnya kalau saya nak pakai kasut stabiliti pun boleh, cuma ikutlah kecenderungan sendiri. Pada masa itu, saya lebih suka percaya yang saya ni flat footer maka kena lah cari kasut stabiliti.

Oleh kerana sebelum itu saya berniat nak buat ujian sahaja, dan nak cuba semua jenama yang ada (bukan semua jenama dijual di The Marathon Shop) seboleh mungkin sebelum membeli, maka saya pun bertindak nakal sikit. Selepas ujian dan penerangan tu, jurujual tu pun tunjuk kasut-kasut yang berkenaan. Saya acah-acah berminat dan belek-belek tapi tak lama lepas tu saya mintak diri nak pergi tandas.

Fuhh selamat tak kena racun!

Saya pun teruskan pencarian di macam-macam kedai; Al-Ikhsan di Sunway Pyramid, kemudian ke New Balance, Adidas, Puma, Skechers, Stadium, Brooks, RSH, WOS, Sports Direct di pelbagai pusat membeli belah, dalam jangka masa beberapa hari. Ada yang sesuai, ada yang tidak. Ada kasut stabiliti yang agak bagus secara spesifikasinya seperti Brooks Adrenaline GTS tetapi apabila saya cuba, terasa macam ada batu di bawah lengkung. Ada yang lain pula yang hampir saja saya terjatuh cinta, tapi harganya ya ampunnn! Saya ni baru jer nak mula lari, takkan la nak beli kasut harga premium, kan? Beginner buat cara beginner.

Akhirnya, di Al-ikhsan Nu Sentral saya bertemu dengan kasut Nike Zoom Winflo, yang ada ciri stabiliti lembut pada insole dan bertapak lebar di bahagian tumit. Selepas cuba pakai dan melihatkan harganya yang berpatutan, saya terus beli tanpa rasa was-was!

Selepas beberapa siri uji lari, saya gembira kerana telah membuat pilihan yang betul. Walaupun kasut ini bukanlah popular (jarang sangat nampak orang lain pakai), tetapi apa yang lebih penting ia sesuai dengan saya. Tiada lagi masalah di tapak kaki.

Kasut ini telah pergi ke pelbagai acara dan permukaan selain jalan tar, iaitu seperti di atas pasir pantai dan denai kacukan (hybrid trail). Setakat ini, ia telah membawa saya sejauh 480km. Kebiasaannya saya pakai kasut ini untuk acara dan latihan berjarak sekitar 15km ke bawah. Tapi pernah juga la berlari sejauh 20km dengannya dalam satu sesi. Memandangkan ia dah berusia, sekarang saya banyak gunakannya sebagai kasut latihan.

Inilah cinta pertama saya dan mungkin dah tak lama lagi ia akan bersara. Bab nak letting go dengan kasut ni memang payah sikit. Semoga saya dapat melaluinya dengan tabah. Ehe.

​Belajar berlari

Saya menghabiskan beberapa tempoh dalam tahun 2015 dengan fikiran yang semata-mata terarah kepada larian. 

Sejak habis acara kedua, hinggalah ke minggu-minggu yang seterusnya, carian Google dan Youtube saya adalah berkisar tentang larian semata-mata. Dengan sub-cariannya adalah mencari solusi bagaimana nak kurangkan penderitaan semasa dan selepas lari.

Lari memanglah penat. Tapi tak best lah kalau lari tak seberapa, tapi penatnya yang melampau. Saya bimbang tiada enjoy yang muncul di penghujung larian kerana kalau tak enjoy, baik berhenti saja. Tapi saya baru bermula.

Memang jelas saya ada isu yang perlu diselesaikan. Apabila dah tau isu/masalah dan cari solusinya, dengan izin Tuhan barulah penderitaan tu dapat dikurangkan. Macam tu lah logik kehidupan. Apabila berdepan dengan masalah, lakukan root cause analysis se-objektif mungkin, kemudian cari solusi untuk mengatasi masalah tu.

Berbalik kepada isu penderitaan tadi. Selepas berfikir, bertanya dan menghadam, saya shortlistkan dulu jalan-jalan research (in no particular order) ke arah penyelesaian:

  1. Kasut 
  2. Teknik larian & pernafasan
  3. Latihan
  4. Aksesori/Gadget

*Ok yang no. 4 tu mengada jer sebab bila search tu kekadang gatal la jugak nak tengok jam, earphone dan sebagainya.

Oleh kerana agak overwhelmed dengan topik-topik di atas, maka saya mula dengan topik yang paling menarik iaitu research pasal kasut dulu. 😉

Bersambung.

​Ada Apa dengan Lari – part 2

Selepas dua kali masuk acara larian, jawapan kepada apa yang best sangat berlari ni masih belum saya jumpa.

Saya teringat apa yang saya lalui dalam dua acara tu. Apa yang saya lalui dan tengok, adalah ini:

  1. Orang yang lari begitu pantas, dari mula hingga ke penamat.
  2. Orang yang lari pantas pada mulanya dan pancit teruk kemudiannya.
  3. Orang yang sederhana pacenya tapi consistent.
  4. Orang yang slow dan penghabisannya pancit jugak macam orang nombor 2. Ni saya lah ni.
  5. Lelaki yang lebih tua dari saya tetapi laju dan mantap.
  6. Lelaki yang lebih obese dari saya tetapi laju dan power.
  7. Fesyen dan aksesori.

Dan ini perkara yang paling menyayat hati:

8. Dipotong perempuan yang nampak lembik, tak gaya macam atlet pun, gaya makcik-makcik atau nenek… tapi tuddiaa lari laju gila.

Saya terfikir lagi. Apabila merenung senarai di atas, 7 daripada 8 adalah tentang kelajuan. Adakah tujuan berlari ni ultimately hanya sebab nak jadi laju? Kalau semua orang jadi laju, yang slow jadi apa?

Saya tinggalkan sahaja persoalan ni di sini. Lain kali saja saya cari jawapannya.

=========
Niat asal saya sebelum dan pada saat memulakan langkah dalam acara 9 to 5 Run adalah sama: Untuk tinggalkan kehidupan sedentary.

Hanya ingin keluarkan peluh. Hanya ingin beriadah. Hanya ingin sihat.

Tetapi selepas melalui no. 1 hingga 8, saya jadi tercabar dan tersinggung dengan kemampuan diri sendiri. Tak semena-mena timbul semangat. Saya ingin jadi kompetitif. Saya nak lari jauh-jauh. Saya nak jadi laju. Dan kalau boleh, saya nak podium!

Sedar atau tidak, pada saat itu sebenarnya saya​ sudah pun hooked dengan lari. Saya sudah temui jawapan, namun tidak mampu menceritakan.

Dan bila orang tanya saya: Apa yang bestnya lari-lari ni?

Saya cuma jawab: Kau kena cuba dulu untuk tau jawapannya.

Mungkin itulah jawapan yang Jahid cuba sampaikan kepada saya!

​Reach Out Run 2015

Saya dapat racekit Reach Out Run 2015 atas sebab Aqim tak dapat lari. Saya tanya berapa nak bayar, dia kata free jer. Support orang baru katanya. Terima kasih banyak lah bohh.

——–

Dapat bib free ni zaman sekarang memang selalu berlaku. Saya taknak komen apa-apa tentang etika pindah milik bib ni. Masing-masing ada hujah sendiri. Cuma nak kata komuniti runners di Malaysia (mungkin juga di tempat lain) secara majoritinya sentiasa penuh dengan positiviti, solidariti (walaupun tak kenal secara peribadi), sentiasa looking out for each other, dan supportif. Belanja bib free ni salah satu contoh gesture baik yang wujud dalam komuniti ni.

——–

Saya kenal Aqim sejak saya bekerja di PNB pada hujung tahun 2009. Dia berasal dari Dungun, Terengganu. Kami satu floor, sama Division tapi lain department. Aqim dah mula lari lebih awal, mungkin sekitar 2013-2014. Dalam bidang fitness dan larian, Aqim punya pengalaman yang banyak, berdisiplin dan ada determination yang tinggi. Orangnya bertubuh tinggi lampai, lean dan dengan melihat penampilannya itu sahaja orang boleh percaya yang dia itu memang seorang runner.

Malam sebelum Reach Out Run, saya pun siap-siapkan baju untuk dipasang bib padanya. Baju saiz XL kau! Memang sesuai la saiz ni kot untuk orang tinggi macam Aqim. Kalau pakai M nanti nampak pusat pulak. Hahaha. Tapi bila saya pakai memang gelebeh sikit lah. Haha. Hak alahh kau tu macam la kurus sangat pun time tuuu.

Jadi esok paginya saya pun pergi ke race site di Putrajaya bersama kasut Reebok yang baru dapat, ihsan Jahid. First time nak cuba dalam event dan terus nak belasah 10km.

Dalam event kali ni, Syful pun ada join jugak. Tapi rasanya kami tak berjumpa pun. Mungkin sebab:

  1. Tak rancang bebetul nak berjumpa dan orang ramai sangat.
  2. Syful fokus mahu buat Personal Best (PB) agaknya dan tak boleh nak tunggu saya yang slow.

Reach Out Run… saya ingat lagi event ni siap ada buku program guide. Grafik dan skema warnanya lawa dan kemas. Buku itu pun direka letak dengan baik. Melalui sudut itu sahaja saya jangka event ini memang baik. Dan ternyata jangkaan saya betul selepas tamat event.

Seingat saya, dua tahun lepas di sini saya berlari dalam hujan yang turun tidak berapa lama selepas Flag Off. Menyamankan.

Kawalan trafik juga baik. Event di Putrajaya memang seharusnya kena baik. Tak boleh tidak. Sebab jalannya besar dan hari biasa pun tidak sesibuk KL atau PJ.

Water station yang disediakan cukup untuk menampung semua peserta. Urusan pengambilan medal juga mudah dan teratur cuma queue sedikit panjang, kalau tak silap saya. Secara keseluruhannya​ merupakan acara yang baik. Yang paling diingati adalah goodies nya yang meriah sungguh. Macam-macam benda dapat.

Dalam event 10km saya yang pertama ni, saya mencatatkan masa 1 jam 30 minit. Badan saya sakit-sakit. Kasut Reebok tu cuma sedap awal-awal saja. Lepas 5km saya rasa sakit di tapak kaki, mungkin sebab kasut tu ada sikit ketat. Lepas lari lama-lama​ kaki mengembang, dan kasut yang ketat tidak membantu langsung untuk keadaan ni.

Petang harinya saya terlantar saja kepenatan dan kesakitan. Keadaan ini berlanjutan hinggalah ke esoknya.

Ahad 14 Jun 2015 – Larian kedua. 10km.

Isnin 15 Jun 2015 – MC!

​Ada Apa dengan Lari

Selepas larian pertama saya pada awal Mei 2015 yang lalu, pendapat saya tentang distance running masih lebih kurang sama dengan sebelumnya: penat, jauh dan bosan.

Pernah saya berdialog dengan adik saya Jahid (dia telah lari lama sebelum 2015 lagi), apa yang seronoknya lari jauh-jauh ni? Lari lari dan lari… Lepas tu apa?

Saya tak ingat dengan tepat hujah balasan dia, tapi rasanya dia ada sebut tentang happy hormones dan bahawa lari ni boleh mendatangkan perasaan bahagia selain meningkatkan tahap kecergasan diri. Happiness dan Fitness – dua benda yang penting untuk mengurangkan tekanan kehidupan seharian.

Saya tak berapa puas hati dengan jawapannya lalu saya tanya, kali ini lebih fokus dan berkisar tentang kebosanan: Takde ke running event yang lain daripada biasa? macam lari bertema ke…? Bosanlah lari kosong macam tu jer…
Dia jawab: Ada jer.. macam zombie run semua tu lah. Boleh pilih nak jadi zombie atau nak jadi mangsa.

contoh Zombie Run

Zombie run lah pulak!

Perbualan kami kemudian berubah kepada topik kasut.

Saya cakap masa lari 9to5 hari tu, saya guna kasut lari Diadora yang ofis bagi (dapat sebab terlibat dalam perbarisan Hari Wilayah 2013). Pada masa tu, kasut lari pada saya ialah mana-mana kasut sukan yang tapaknya sedikit lembut, yang di depannya runcing dan menaik. Kasut Diadora tu dah lama, jarang pakai dan taklah selesa sangat masa lari (juga designnya yang tak cool). Jadi masa pakai lari 5k hari tu, rasa macam tapak nak tercabut pun ada.

Kemudian Jahid kata yang dia dah ada kasut baru dan nak let go kasut lama dia: Reebook ZigNano. Dia kata kalau nak, ambik je lah. Sebab saiz kaki kami hampir sama, maka saya ambik. Dia dah pakai lari berpuluh-puluh​ kilometer, sure ok punya kasut ni!

Reebok Zignano – Lebih kurang macam ni. Perhatikan tapak zigzagnya itu.

Beberapa hari lepas tu, sempat la saya try kasut Reebook tu bawak pusing taman 2-3km. Agak ketat sikit, tapi baru saya tahu betapa sedapnya kalau lari dengan kasut lari yang betul. Sekali lagi saya ucap terima kasih kepada Jahid dan memuji kesedapan kasut ini.

Anyway tak lama lepas tu, kawan pejabat saya Aqim datang ke meja saya. Aqim kata dia ada hal dan tak dapat lari untuk event Reach Out Run weekend tu. Jadi dia nak let go bib dan racekit semua sekali, percuma. Barang percuma siapa yang taknak kan? Maka saya setuju lah dan ambik racekit tersebut untuk larian sejauh 10km.

10km. Untuk​ larian kedua. Dua kali lebih jauh daripada yang pertama. Tak training sangat. Cari pasal.

Tapi ada kasut baru. Maka, takde hal!

9to5 Run

9 Mei 2015, tarikh saya mula berlari secara serius.
Pada mulanya isteri saya yang minat berlari ni. Dia ada la join Jacobs Run dengan Iesya anak sulung kami. Itupun sebab dia ajak saya, tapi saya bagi macam-macam alasan. Jadi kena lah Iesya ikut teman dia.

Akhirnya setelah beberapa lama, ajakan dia saya turutkan. 9 to 5 Run – Larian Pekerja Muda di Putrajaya. Fees murah gila katanya. RM10 seorang, untuk 5km dan dapat t-shirt serta medal.

Menjelang hari acara, saya dapat tahu sahabat saya Syful juga akan sertai acara ni. Maka kami pun merancang lah untuk berjumpa.

Kurang setengah jam sebelum mula, saya mula mencari Syful. Tapi saya tak sangka pulak jadi susah nak cari beliau, sebab hampir semua di situ pakai baju biru! Namun akhirnya kami terjumpa juga dan lepas tu kami lari sama-sama.

Jumpa jugak encik Syful!

Disebabkan saya budak baru, dan Syful pulak dah lama join lari-lari ni, maka banyaklah soalan yang saya tanya beliau. Antaranya…
Irfan: Eh toi (gelaran beliau), kenapa ada orang tak pakai baju event? Takpe ke?

Syful: Takpe jer.. biasanya diorang pakai baju event yang diorang join sebelum ni. Kiranya macam statement lah.. nak kata “aku dah lari kat event sekian-sekian ni”.

Saya oohh… saja lah. Budak baru, mana reti apa-apa. Tak lama pun kami lari bersama sebab kemudian beliau terus ke depan meninggalkan kami laki bini di belakang.

Dalam 45-50 minit kemudian, kami pun sampai la di garisan penamat. Larinya sikit, jalannya banyak. Tapi penat ya Rabbi!

Selesai acara, kami pun gerak ke Shah Alam, membawa pulang medal yang pertama.

Petang harinya saya tak buat apa-apa di rumah, melainkan tidur kepenatan. 😥