​Reach Out Run 2015

Saya dapat racekit Reach Out Run 2015 atas sebab Aqim tak dapat lari. Saya tanya berapa nak bayar, dia kata free jer. Support orang baru katanya. Terima kasih banyak lah bohh.

——–

Dapat bib free ni zaman sekarang memang selalu berlaku. Saya taknak komen apa-apa tentang etika pindah milik bib ni. Masing-masing ada hujah sendiri. Cuma nak kata komuniti runners di Malaysia (mungkin juga di tempat lain) secara majoritinya sentiasa penuh dengan positiviti, solidariti (walaupun tak kenal secara peribadi), sentiasa looking out for each other, dan supportif. Belanja bib free ni salah satu contoh gesture baik yang wujud dalam komuniti ni.

——–

Saya kenal Aqim sejak saya bekerja di PNB pada hujung tahun 2009. Dia berasal dari Dungun, Terengganu. Kami satu floor, sama Division tapi lain department. Aqim dah mula lari lebih awal, mungkin sekitar 2013-2014. Dalam bidang fitness dan larian, Aqim punya pengalaman yang banyak, berdisiplin dan ada determination yang tinggi. Orangnya bertubuh tinggi lampai, lean dan dengan melihat penampilannya itu sahaja orang boleh percaya yang dia itu memang seorang runner.

Malam sebelum Reach Out Run, saya pun siap-siapkan baju untuk dipasang bib padanya. Baju saiz XL kau! Memang sesuai la saiz ni kot untuk orang tinggi macam Aqim. Kalau pakai M nanti nampak pusat pulak. Hahaha. Tapi bila saya pakai memang gelebeh sikit lah. Haha. Hak alahh kau tu macam la kurus sangat pun time tuuu.

Jadi esok paginya saya pun pergi ke race site di Putrajaya bersama kasut Reebok yang baru dapat, ihsan Jahid. First time nak cuba dalam event dan terus nak belasah 10km.

Dalam event kali ni, Syful pun ada join jugak. Tapi rasanya kami tak berjumpa pun. Mungkin sebab:

  1. Tak rancang bebetul nak berjumpa dan orang ramai sangat.
  2. Syful fokus mahu buat Personal Best (PB) agaknya dan tak boleh nak tunggu saya yang slow.

Reach Out Run… saya ingat lagi event ni siap ada buku program guide. Grafik dan skema warnanya lawa dan kemas. Buku itu pun direka letak dengan baik. Melalui sudut itu sahaja saya jangka event ini memang baik. Dan ternyata jangkaan saya betul selepas tamat event.

Seingat saya, dua tahun lepas di sini saya berlari dalam hujan yang turun tidak berapa lama selepas Flag Off. Menyamankan.

Kawalan trafik juga baik. Event di Putrajaya memang seharusnya kena baik. Tak boleh tidak. Sebab jalannya besar dan hari biasa pun tidak sesibuk KL atau PJ.

Water station yang disediakan cukup untuk menampung semua peserta. Urusan pengambilan medal juga mudah dan teratur cuma queue sedikit panjang, kalau tak silap saya. Secara keseluruhannya​ merupakan acara yang baik. Yang paling diingati adalah goodies nya yang meriah sungguh. Macam-macam benda dapat.

Dalam event 10km saya yang pertama ni, saya mencatatkan masa 1 jam 30 minit. Badan saya sakit-sakit. Kasut Reebok tu cuma sedap awal-awal saja. Lepas 5km saya rasa sakit di tapak kaki, mungkin sebab kasut tu ada sikit ketat. Lepas lari lama-lama​ kaki mengembang, dan kasut yang ketat tidak membantu langsung untuk keadaan ni.

Petang harinya saya terlantar saja kepenatan dan kesakitan. Keadaan ini berlanjutan hinggalah ke esoknya.

Ahad 14 Jun 2015 – Larian kedua. 10km.

Isnin 15 Jun 2015 – MC!

9to5 Run

9 Mei 2015, tarikh saya mula berlari secara serius.
Pada mulanya isteri saya yang minat berlari ni. Dia ada la join Jacobs Run dengan Iesya anak sulung kami. Itupun sebab dia ajak saya, tapi saya bagi macam-macam alasan. Jadi kena lah Iesya ikut teman dia.

Akhirnya setelah beberapa lama, ajakan dia saya turutkan. 9 to 5 Run – Larian Pekerja Muda di Putrajaya. Fees murah gila katanya. RM10 seorang, untuk 5km dan dapat t-shirt serta medal.

Menjelang hari acara, saya dapat tahu sahabat saya Syful juga akan sertai acara ni. Maka kami pun merancang lah untuk berjumpa.

Kurang setengah jam sebelum mula, saya mula mencari Syful. Tapi saya tak sangka pulak jadi susah nak cari beliau, sebab hampir semua di situ pakai baju biru! Namun akhirnya kami terjumpa juga dan lepas tu kami lari sama-sama.

Jumpa jugak encik Syful!

Disebabkan saya budak baru, dan Syful pulak dah lama join lari-lari ni, maka banyaklah soalan yang saya tanya beliau. Antaranya…
Irfan: Eh toi (gelaran beliau), kenapa ada orang tak pakai baju event? Takpe ke?

Syful: Takpe jer.. biasanya diorang pakai baju event yang diorang join sebelum ni. Kiranya macam statement lah.. nak kata “aku dah lari kat event sekian-sekian ni”.

Saya oohh… saja lah. Budak baru, mana reti apa-apa. Tak lama pun kami lari bersama sebab kemudian beliau terus ke depan meninggalkan kami laki bini di belakang.

Dalam 45-50 minit kemudian, kami pun sampai la di garisan penamat. Larinya sikit, jalannya banyak. Tapi penat ya Rabbi!

Selesai acara, kami pun gerak ke Shah Alam, membawa pulang medal yang pertama.

Petang harinya saya tak buat apa-apa di rumah, melainkan tidur kepenatan. 😥