‚ÄčBelajar berlari

Saya menghabiskan beberapa tempoh dalam tahun 2015 dengan fikiran yang semata-mata terarah kepada larian. 

Sejak habis acara kedua, hinggalah ke minggu-minggu yang seterusnya, carian Google dan Youtube saya adalah berkisar tentang larian semata-mata. Dengan sub-cariannya adalah mencari solusi bagaimana nak kurangkan penderitaan semasa dan selepas lari.

Lari memanglah penat. Tapi tak best lah kalau lari tak seberapa, tapi penatnya yang melampau. Saya bimbang tiada enjoy yang muncul di penghujung larian kerana kalau tak enjoy, baik berhenti saja. Tapi saya baru bermula.

Memang jelas saya ada isu yang perlu diselesaikan. Apabila dah tau isu/masalah dan cari solusinya, dengan izin Tuhan barulah penderitaan tu dapat dikurangkan. Macam tu lah logik kehidupan. Apabila berdepan dengan masalah, lakukan root cause analysis se-objektif mungkin, kemudian cari solusi untuk mengatasi masalah tu.

Berbalik kepada isu penderitaan tadi. Selepas berfikir, bertanya dan menghadam, saya shortlistkan dulu jalan-jalan research (in no particular order) ke arah penyelesaian:

  1. Kasut 
  2. Teknik larian & pernafasan
  3. Latihan
  4. Aksesori/Gadget

*Ok yang no. 4 tu mengada jer sebab bila search tu kekadang gatal la jugak nak tengok jam, earphone dan sebagainya.

Oleh kerana agak overwhelmed dengan topik-topik di atas, maka saya mula dengan topik yang paling menarik iaitu research pasal kasut dulu. ūüėČ

Bersambung.

‚ÄčAda Apa dengan Lari – part 2

Selepas dua kali masuk acara larian, jawapan kepada apa yang best sangat berlari ni masih belum saya jumpa.

Saya teringat apa yang saya lalui dalam dua acara tu. Apa yang saya lalui dan tengok, adalah ini:

  1. Orang yang lari begitu pantas, dari mula hingga ke penamat.
  2. Orang yang lari pantas pada mulanya dan pancit teruk kemudiannya.
  3. Orang yang sederhana pacenya tapi consistent.
  4. Orang yang slow dan penghabisannya pancit jugak macam orang nombor 2. Ni saya lah ni.
  5. Lelaki yang lebih tua dari saya tetapi laju dan mantap.
  6. Lelaki yang lebih obese dari saya tetapi laju dan power.
  7. Fesyen dan aksesori.

Dan ini perkara yang paling menyayat hati:

8. Dipotong perempuan yang nampak lembik, tak gaya macam atlet pun, gaya makcik-makcik atau nenek… tapi tuddiaa lari laju gila.

Saya terfikir lagi. Apabila merenung senarai di atas, 7 daripada 8 adalah tentang kelajuan. Adakah tujuan berlari ni ultimately hanya sebab nak jadi laju? Kalau semua orang jadi laju, yang slow jadi apa?

Saya tinggalkan sahaja persoalan ni di sini. Lain kali saja saya cari jawapannya.

=========
Niat asal saya sebelum dan pada saat memulakan langkah dalam acara 9 to 5 Run adalah sama: Untuk tinggalkan kehidupan sedentary.

Hanya ingin keluarkan peluh. Hanya ingin beriadah. Hanya ingin sihat.

Tetapi selepas melalui no. 1 hingga 8, saya jadi tercabar dan tersinggung dengan kemampuan diri sendiri. Tak semena-mena timbul semangat. Saya ingin jadi kompetitif. Saya nak lari jauh-jauh. Saya nak jadi laju. Dan kalau boleh, saya nak podium!

Sedar atau tidak, pada saat itu sebenarnya saya‚Äč sudah pun hooked dengan lari. Saya sudah temui jawapan, namun tidak mampu menceritakan.

Dan bila orang tanya saya: Apa yang bestnya lari-lari ni?

Saya cuma jawab: Kau kena cuba dulu untuk tau jawapannya.

Mungkin itulah jawapan yang Jahid cuba sampaikan kepada saya!

‚ÄčAda Apa dengan Lari

Selepas larian pertama saya pada awal Mei 2015 yang lalu, pendapat saya tentang distance running masih lebih kurang sama dengan sebelumnya: penat, jauh dan bosan.

Pernah saya berdialog dengan adik saya Jahid (dia telah lari lama sebelum 2015 lagi), apa yang seronoknya lari jauh-jauh ni? Lari lari dan lari… Lepas tu apa?

Saya tak ingat dengan tepat hujah balasan dia, tapi rasanya dia ada sebut tentang happy hormones dan bahawa lari ni boleh mendatangkan perasaan bahagia selain meningkatkan tahap kecergasan diri. Happiness dan Fitness – dua benda yang penting untuk mengurangkan tekanan kehidupan seharian.

Saya tak berapa puas hati dengan jawapannya lalu saya tanya, kali ini lebih fokus dan berkisar tentang kebosanan: Takde ke running event yang lain daripada biasa? macam lari bertema ke…? Bosanlah lari kosong macam tu jer…
Dia jawab: Ada jer.. macam zombie run semua tu lah. Boleh pilih nak jadi zombie atau nak jadi mangsa.

contoh Zombie Run

Zombie run lah pulak!

Perbualan kami kemudian berubah kepada topik kasut.

Saya cakap masa lari 9to5 hari tu, saya guna kasut lari Diadora yang ofis bagi (dapat sebab terlibat dalam perbarisan Hari Wilayah 2013). Pada masa tu, kasut lari pada saya ialah mana-mana kasut sukan yang tapaknya sedikit lembut, yang di depannya runcing dan menaik. Kasut Diadora tu dah lama, jarang pakai dan taklah selesa sangat masa lari (juga designnya yang tak cool). Jadi masa pakai lari 5k hari tu, rasa macam tapak nak tercabut pun ada.

Kemudian Jahid kata yang dia dah ada kasut baru dan nak let go kasut lama dia: Reebook ZigNano. Dia kata kalau nak, ambik je lah. Sebab saiz kaki kami hampir sama, maka saya ambik. Dia dah pakai lari berpuluh-puluh‚Äč kilometer, sure ok punya kasut ni!

Reebok Zignano – Lebih kurang macam ni. Perhatikan tapak zigzagnya itu.

Beberapa hari lepas tu, sempat la saya try kasut Reebook tu bawak pusing taman 2-3km. Agak ketat sikit, tapi baru saya tahu betapa sedapnya kalau lari dengan kasut lari yang betul. Sekali lagi saya ucap terima kasih kepada Jahid dan memuji kesedapan kasut ini.

Anyway tak lama lepas tu, kawan pejabat saya Aqim datang ke meja saya. Aqim kata dia ada hal dan tak dapat lari untuk event Reach Out Run weekend tu. Jadi dia nak let go bib dan racekit semua sekali, percuma. Barang percuma siapa yang taknak kan? Maka saya setuju lah dan ambik racekit tersebut untuk larian sejauh 10km.

10km. Untuk‚Äč larian kedua. Dua kali lebih jauh daripada yang pertama. Tak training sangat. Cari pasal.

Tapi ada kasut baru. Maka, takde hal!